MIRI, SARAWAK, 22-24 MEI 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 2026 pada 22-24 MEI 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Meritz Hotel, Miri Sarawak. Peserta kursus adalah seramai 18 pasangan suami isteri (36 orang) yang terdiri daripada masyarakat awam bersama pasangan di Bahagian Miri, Sarawak. Kursus ini bertujuan untuk untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.
Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Farrah Qistina binti Azaha, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri, Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Yeo Wee Kiak selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Motivasi dan Pengurusan Psikologi oleh Puan Nur Hamni binti Sazali selaku Pegawai Tadbir (Psikologi) Jabatan Agama Islam Sarawak serta Pengurusan Stres Melalui Ibadah dalam Rumah Tangga yang disampaikan oleh Puan Sakinah binti Harun, Penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam Sarawak. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. En. Hasli bin Othman dan En. Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof.
Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Sahibus Siyadah Tuan Haji Mual bin Haji Suaud, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.







