4 Julai 2026 – Seramai 700 orang graduan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-34 yang diadakan bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, yang turut menyampaikan ucapan dan penganugerahan kepada para graduan sebagai simbol pengiktirafan kejayaan mereka.
Majlis konvokesyen pada tahun ini turut menjadi lebih bermakna kerana diadakan bersempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Darul Quran JAKIM sejak penubuhannya pada tahun 1966. Sambutan ini menandakan enam dekad kecemerlangan Darul Quran sebagai institusi peneraju pendidikan tahfiz negara serta mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pendidikan al-Quran dan melahirkan huffaz yang berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Dalam majlis ini turut disampaikan beberapa anugerah kecemerlangan berprestij sebagai penghargaan kepada graduan cemerlang dalam pelbagai bidang pengajian dan kepimpinan, iaitu:
1. Anugerah Perdana Menteri
i. Abdullah Fayyadh Hakimeey Bin Abd Hamid
ii. Norain Najwa Binti Salahudin
2. Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
i. Wan Syimir Muhaimin Bin Wan Ahmad Sadaba
ii. ‘Ainin Saheela Binti Anuar
3. Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran
i. Asyraf Fiqin Bin Malek
ii. Wafa’ Binti Khairul Azmi
4. Anugerah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik
i. Kamarul Irfan Bin Kamarul Arifin
ii. Naqiyyatul Mudrikah Binti Adnan
5. Anugerah Khas
i. Aiman Hakim Bin Salleh Harun
6. Anugerah Emas Alumni
i. Dato’ Haji Sallehudin Bin Omar
7. Anugerah Kecemerlangan Institusi (LTDQ)
- Darul Quran Majlis Agama Islam Kelantan (DQ MAIK)
8. Anugerah Kecemerlangan Institusi Yang Berkolaborasi Dengan Darul Quran
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Sejak penubuhannya pada tahun 1966, Darul Quran JAKIM telah melakar sejarah penting dalam pembangunan modal insan berteraskan al-Quran, dengan kejayaan melahirkan seramai 12,633 graduan Huffaz setakat ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan mereka serta kepada seluruh warga Darul Quran yang terus istiqamah melahirkan generasi huffaz berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.






