Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Kluster Ilmu Teras, ILIM telah menganjurkan Sijil Tinggi Pengurusan Fatwa Tahap Pertengahan pada 25 hingga 27 April 2017 bertempat di Dewan Datuk Shahir, ILIM Bangi. Kursus ini telah dihadiri serami 50 orang peserta terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam dari JAKIM, JAIN, MAIN, Kementerian serta pelbagai Agensi Kerajaan lain.

Antara kandungan Kursus ini :

  1. Pengenalan fiqh dan kaedah fiqh
  2. Asas penentuan hukum yang tiada nas
  3. Kaedah istinbat dan istidlal hukum
  4. Maqasid syariyyah

Kursus ini diharapkan menjadi medium ke arah meningkatkan kemahiran pegawai dalam metodologi pembinaan hukum seterusnya melahirkan pegawai yang berilmu, berwibawa dan berkemahiran dalam pengurusan fatwa.