Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Kursus Bahasa Isyarat telah diadakan pada 02 dan 04 Mei 2017 oleh Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa, ILIM bertempat di Bilik Ibnu Baitar, Aras 1, Blok Akademik B, ILIM.

Kursus ini dihadiri oleh Pegawai Hal Ehwal Islam dan penjawat awam dari pelbagai Agensi Kerajaan.

Objektif perlaksanaan kursus ini adalah sebagai pendedahan asas kepada Bahasa Isyarat dan kaedah komunikasi dengan golongan istimewa; orang kurang upaya (OKU) pendengaran. Kursus ini turut menjelaskan penggunaan Bahasa Isyarat dalam pendidikan Islam khususnya berkaitan ibadah dan menanam kesedaran kepada peserta tanggungjawab dakwah kepada OKU pendengaran terutama aspek kewajipan Fardhu Ain.