Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa, ILIM dengan kerjasama Darul Quran telah menganjurkan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Hifz al-Quran kepada Pensyarah Darul Quran, Maahad Tahfiz Quran Negeri, IKMAS dan Pegawai JAKIM.

Objektif Kursus ini :

  1. Memantapkan kemahiran pembelajaran dan pengajaran serta kepimpinan pensyarah dalam bidang hifz al-Quran
  2. Menyediakan latihan pembangunan staf bagi memenuhi keperluan Agensi Kelayakn Malaysia (MQA)
  3. Memperkasa tahap profesionalisme dan kompetensi pensyarah
  4. Menambahbaik mutu penyampaian pembelajaran dan pengajaran pensyarah
  5. Mendedahkan metode hafazan al-Quran berkesan

Barisan penceramah kursus ini menampilkan Y.Brs Dr Nik Md Saiful Azizi bin Nik Abdullah Al-Hafiz, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Dr. Mohammad Marzuki bin Abd Rahim, Pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.