Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Klinik asas Oh! My English kepada warga ILIM kini kembali. Menerusi Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan program tersebut pada 08 Mei 2017 (Isnin) bertempat di Auditorium As-Syafie, Blok Akademik A, ILIM.

Program yang berlangsung selama 4 jam ini digunakan secara sepenuhnya oleh para peserta bagi meningkatkan tahap penguasaan dalam Bahasa Inggeris.

Pelbagai aktiviti diadakan yang boleh membantu peserta untuk memupuk kemahiran dan keyakinan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Antaranya, sesi pengenalan diri menerusi nama panggilan dan definasi setiap huruf pada nama tersebut dan para peserta juga perlu menjawab 60 soalan bagi mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris masing-masing. Sesi perbincangan jawapan soalan tersebut juga mampu mengimbas kembali minda para peserta berkaitan pengunaan tatabahasa, kata sendi dan kata nama dengan betul.