Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 25 Mei 17, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah menganjurkan Seminar Ambang Ramadan 1438H/2017M pada 25 Mei 2017 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM, Bangi.

Penganjuran Seminar ini bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya menghidupkan bulan Ramadan dengan amalan mulia, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan persoalan dan isu-isu semasa berkaitan ibadah puasa serta memantapkan persediaan rohani dan jasmani bagi menghadapi ketibaan bulan Ramadan.

Seminar yang berlangsung selama 5 jam ini menampilkan penceramah terkenal iaitu Tuan Haji Mahmud bin Haji Mat.  Antara kandungan dan intipati ceramah beliau yang dikongsikan adalah berkaitan persediaan menyambut bulan Ramadan, berpuasa berlandaskan sunnah Nabi SAW, amalan-amalan sunnah dibulan Ramadan dan amalan solat terawikh yang dipraktikan oleh Nabi SAW.  Selain itu, dalam ceramahnya lagi turut menekankan kebaikan berpuasa dari sudut kesihatan yang dapat menyihatkan badan, sebagai antitoksin, memudahkan sistem penghadaman (perut) dan dapat mengecutkan agen-agen ketumbuhan atau kanser serta dapat mengembalikan rasa kenikmatan makanan semasa berbuka puasa.

Disamping itu, disarankan memakan dahulu buah tamar atau buah-buahan lain semasa berbuka puasa. Kebaikan berpuasa akan rosak sekiranya tabiat makan yang tidak betul dan makan dengan kuantiti yang banyak semasa berbuka puasa.

Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakan dengan kehadiran lebih 250 orang peserta daripada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO).  Seminar ini turut dimeriahkan dengan pembukaan beberapa gerai jualan produk-produk muslim. Adalah diharapakan agar penganjuran seminar ini dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan tips persediaan menghadapi Ramadan serta mengeratkan lagi ukuhwah islamiyah.