Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 31 Oktober 2017- Kursus Pengacara Superstar telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 2 hari iaitu pada 30 dan 31 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Al-Syafii, Blok Akademi A, ILIM

Pengacara merupakan nadi dalam mengendalikan sesebuah majlis. Kehebatan pengacara dilihat dari nada suara, personaliti serta kreativitinya dalam mengacarakan majlis. Bagi mengetengahkan bakat baru dalam bidang pengacaraan di ILIM, Kluster Penyelidikan dan Pembanguan Latihan telah menganjurkan Kursus Pengacara Superstar untuk warga ILIM yang mempunyai potensi untuk menjayakan majlis-majlis anjuran ILIM sebagai pengacara.  Seramai 20 orang peserta telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Kursus ini dikendalikan oleh Encik Mohd Azhani bin Samad dari Akademi Pengacara Malaysia.  Beliau berpengalaman dan telah berkecimpung lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan.

Dalam kursus ini, peserta telah didedahkan dengan asas pengacaraan, teknik pengawalan nafas, teknik penulisan skrip, penggunaan bahasa yang tepat, latihan berkumpulan dan banyak lagi. Secara keseluruhan, peserta-peserta kursus ini sememangnya memiliki bakat dalam pengacaraan sama ada untuk majlis rasmi ataupun majlis tidak rasmi.

pengacara1

pengacara2

pengacara3

pengacara4