Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi,27 Oktober 2017 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM telah menerima kunjungan delegasi seramai 40 orang dari 3 Jabatan Kerajaan iaitu Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang, Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah Kementerian Sumber Manusia dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di ILIM.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Setiausaha EKSA ILIM iaitu Encik Zulkurnain bin Hassan bertempat di Auditorium Al-Syafii, Blok Akademik A, ILIM.  Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti ILIM seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing.

eksa1

eksa2

eksa3

eksa4

eksa5

eksa6