Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

24 November 2017, Putrajaya - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya yang diketuai oleh Pendaftar ILIM, Tuan Mahathir bin Mustafa. Rombongan disambut oleh Mufti Wilayah PersekutuanSahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifi bin Mohamad Al-Bakri, serta pegawai-pegawai di pejabat tersebut.

Antara tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk menjalin kerjasama yang lebih erat seterusnya bersama-sama meneraju latihan Islam bertaraf global ke arah melahirkan pegawai hal ehwal Islam dan penjawat awam yang bertaqwa, kompeten, cekal dan berwibawa menghadapi cabaran.

Pihak ILIM mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak Sahibus Samahah Datuk Mufti dan warga kerja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atas kesudian menerima delegasi ILIM.

Kunjung MuftiKL 1

Kunjung MuftiKL 2

Kunjung MuftiKL 3

Kunjung MuftiKL 4