Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 18 Januari 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program ILIM Bersama Komuniti bertempat di Bilik Mesyuarat Uthman bin Affan, Blok Pentadbiran ILIM dengan penglibatan komuniti dari masjid dan surau berdekatan ILIM.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama erat antara ILIM dan pimpinan masyarakat setempat.  Ianya juga sebagai platform ILIM untuk mendekati masyarakat dan menyalurkan khidmat kepada masyarakat setempat.  Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Kluster Ilmu Teras, ILIM, Encik Mahdi Al-Hilmy bin Arshad. 

Semoga kerjasama ini akan mempereratkan jalinan hubungan ILIM bersama masyarakat setempat dan memperluaskan agenda dakwah Islamiah Jakim kepada golongan sasar.

komuniti setempat1

komuniti setempat2

komuniti setempat3

komuniti setempat4

komuniti setempat5