Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Putrajaya, 25 Januari 2018 – ILIM telah menerima kunjungan hormat dari Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), Kementerian Pertahanan Malaysia dengan diwakili oleh Ketua Sel Pembangunan Sumber Manusia KAGAT, Lt. Kolonel Ismail bin Wahab dan Pegawai Latih KAGAT, Kapten Mohd Sobri bin Che Hassan.

Ketibaan delegasi KAGAT telah disambut oleh Timbalan Pengarah ILIM, Puan Zaini Naura Aza binti Md Zain bersama Ketua Unit Komunikasi Korporat dan Pengantarabangsaan, Encik Mohamed Ismail bin Mohamed Yusof.  Pelbagai isu dan peluang kerjasama telah dibincangkan terutamanya berkaitan “knowledge sharing” di antara ILIM dan KAGAT untuk mempertingkatkan pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang dakwah dan pengurusan.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam penganjuran pelbagai bidang kursus kerohanian seperti feqah, akidah, ekonomi Islam dan pelbagai skop lain yang berkaitan dengan hal ehwal Islam.

Semoga kerjasama bersepadu dan kolektif menerusi pertukaran maklumat latihan dan pembangunan bakat ini berupaya melahirkan modal insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi.

kagat1

kagat2

kagat3