Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 13 Februari 2018 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi telah menerima kunjungan pelawat seramai 18 orang pegawai dan kakitangan dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan) Melaka.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di ILIM.  Ketibaan pelawat disambut oleh Puan Zaini Naura Aza Md Zain selaku Timbalan Pengarah merangkap Timbalan Pengerusi EKSA ILIM, Ketua-ketua Jawatankuasa Induk dan Zon EKSA.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Setiausaha EKSA ILIM, Encik Zulkurnain bin Hassan dan seterusnya dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di ILIM. 

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif; meningkatkan imej korporat; menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

eksa jururawat2

eksa jururawat1

eksa jururawat3

eksa jururawat4

eksa jururawat5

eksa jururawat6

eksa jururawat7

eksa jururawat8

eksa jururawat9

eksa jururawat10

eksa jururawat11