Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 20 Mac 2018 - Kursus Pengacaraan Majlis dan Moderator Pegawai Hal Ehwal Islam (Wanita) Lanjutan telah diadakan pada 19 dan 20 Mac 2018 bertempat di Bilik Ibnu al-Baitar, Blok Akademik B, Institut Latihan Islam Malaysia.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu pengacaraan dan moderator, meningkatkan keyakinan diri, serta membentuk imej diri yang unggul sebagai pegawai Hal Ehwal Islam wanita.

Selain perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan berucap di khalayak, pengacara dan moderator yang baik dan juga mestilah mempunyai asas protokol dan pengurusan majlis yang mantap. Pengacara majlis yang baik perlulah berkemampuan melaksanakan tugasan dengan berkesan. Hanya pengacara yang mempunyai ilmu dan kemahiran, terlatih serta mendapat pendedahan sahaja mampu mengacarakan majlis dengan sempurna.

Barisan penceramah jemputan kursus ini adalah Dr. Zaida Nor Zainudin, Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi, Universiti Putra Malaysia dan Encik Mohd Isa bin Jasin, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Pengetahuan terhadap elemen protokol yang utama seperti seating arrangement, panggilan hormat serta susunan keutamaan tetamu majlis sangat penting diketahui. Ini adalah disebabkan pengacara akan berhadapan dengan ramai VVIP. Kemahiran terhadap elemen pengurusan majlis juga sangat penting. Ini kerana semasa majlis, pengacara menjadi teraju utama (running the show). Kemahiran dan kredibiliti seorang pengacara majlis akan menjadi menjadi tunggak kepada kesempurnaan sesebuah majlis.

Pengacara Wanira PHEI 1

Pengacara Wanira PHEI 2

Pengacara Wanira PHEI 3

Pengacara Wanira PHEI 4