Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 15 Mac 2018 - Kursus Perbandingan Agama adalah kursus pelan operasi latihan (POL) bagi pegawai hal ehwal Islam gred S44 Jakim. Kursus tersebut telah dilaksanakan pada 13 hingga 15 Mac 2018 bertempat di Bilik Al-Biruni, Aras 1, Blok Akademik B, Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep ilmu perbandingan agama dan kepentingannya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia serta meningkatkan kefahaman peserta berhubung kajian epistemologi dan kosmologi setiap agama di Malaysia.

Penceramah jemputan bagi kursus ini ialah Profesor Madya Dr. Rushdan Mohd Jalani dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yamg mempunyai kepakaran dalam ilmu perbandingan agama. Terdapat 6 slot ceramah di dalam kursus ini iaitu. Definisi Ciri-ciri dan Pengenalan Agama, Kajian Epistemologi, Perbandingan Kepercayaan dan Amalan, Perbandingan Teologi, Perbandingan Aksiologi , Isu-isu Dialog Perbandingan Agama serta Metod dan Strategik Dialog Antara Agama.

Adalah diharapkakan kursus ini dapat mengukuhkan kemahiran insaniah peserta dalam hubungan antara agama.

Perbandingan Agama 1

Perbandingan Agama 2

Perbandingan Agama 3