Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 27 April 2018 - ILMU falak merupakan antara bidang terpenting dalam Islam, justeru penguasaan golongan yang mengendalikan cabang ilmu tersebut perlu dipertingkat bagi memastikan bidang itu dapat memberi sumbangan serta manfaat besar kepada umat Islam.

Keupayaan golongan yang menguruskan cabang ilmu tersebut sewajarnya dipertingkat selaras dengan peredaran masa, selain tuntutan tinggi terutama dari sudut syarak dan saintifik.

Berteraskan agenda tersebut, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Ilmu Teras, baru-baru ini mengadakan Seminar Falak pada 26 April 2018 bertempat di Dewan Datuk Mohd Shahir, ILIM Bangi.

Objektif utama penganjuran seminar ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan bidang-bidang dalam pengurusan falak syarie di Malaysia.  Kira-kira 200 orang peserta telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada pegawai hal ehwal Islam, pelajar IPTA dan penjawat awam dari pelbagai agensi Kerajaan.

Antara tajuk yang dibincangkan dalam Seminar ini adalah Pengenalan Exoplanet yang disampaikan oleh Ahli Panel Pakar Falak Jakim, Prof Dato’ Dr. Mohd Zamri Zainuddin dan forum berjudul Bumi Ini Rata oleh Pensyarah Universiti Malaya, Dr. Raihana Abdul Wahab & Dr. Nazhatulshima Ahmad.

Usaha penganjuran seminar ini diharapkan berupaya meningkatkan kemahiran dan keyakinan Pegawai Hal Ehwal Islam dalam mengurus dan mengendali falak syarie khusunya dan dapat menyebarluas kepentingan mempelajari ilmu falak kepada masyarakat awam.

s falak1

s falak2

s falak3

s falak4

s falak5

s falak6

s falak7