Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 25 April 2018 - BAGI meningkatkan dan memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan penjawat awam khususnya mereka yang bertugas di bahagian kaunter, Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa, Institut Latihan Islam Malaysia telah menganjurkan kursus “English For Comunication Course (Counter Service) pada 24 dan 25 April 2018 bertempat di Bilik al-Biruni, Blok Akademik B, ILIM Bangi.

Kursus ini diwujudkan sebagai keperluan untuk meningkatkan kualiti pertuturan Bahasa Inggeris, melatih dan membimbing peserta memperolehi asas kefasihan Bahasa Inggeris dan memahami kepentingan komunikasi yang berkesan melalui telefon dan perkhidmatan kaunter.

Di bawah kursus ini, pengajar akan menganjurkan bengkel dalam skala yang lebih kecil, dengan melibatkan mentor dan mentee mempraktikalkan pelajaran secara langsung di dalam kelas.  Seramai 20 orang peserta terdiri dari penjawat awam daripada pelbagai agensi mengikuti kursus ini.

Antara kandungan kursus ini sebagaimana berikut :

  • • Ice – breaking
  • • Pronunciation
  • • Stress and intonation
  • Making and responding of enquires
  • • Grammar
  • • Telephone conversation
  • • Taking messages
  • • Presentation / Evaluation session 

Kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran layanan kepada pelanggan dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Diharapkan juga, kursus ini sebagai platform yang dapat memberikan mereka keyakinan dan meningkatkan keupayaan untuk berkomunikasi dengan lebih efektif dalam Bahasa Inggeris.

bi1

bi2

bi3