Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 5 Julai 2018 - PENGURUSAN dan perancangan adalah suatu yang amat mustahak dalam semua urusan kehidupan lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan harta atau kewangan.

Penganjuran Sijil Tinggi Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (Tahap II)kepada pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam seluruh Malaysia oleh Kluster Ekonomi Islam dan Pengurusan Halal, Institut Latihan Islam Malaysia merupakan lanjutan kepada siri sebelum ini. Kursus yang berlangsung selama 4 hari ini (2 hingga 5 Julai 2018) pada kali ini memfokuskan perkara berikut :

  1. Zakat, agihan dan percukaian
  2. Sedekah, fidyah dan kaffarah
  3. Pelupusan harta tidak patuh syariah
  4. Konsep jual beli dalam Islam
  5. Pengurusan risiko dan takaful
  6. Konsep asas pelaburan dalam Islam
  7. Pelaburan saham dan amanah saham
  8. Pelaburan Foreign Exchange (FOREX)
  9. Pelaburan emas dalam Islam

Objektif penganjuran kursus ini adalah menerangkan konsep zakat, sedekah, fidyah dan kaffarah, pelupusan harta tidak patuh syariah, konsep jual beli dalam Islam dan konsep asas pelaburan dalam Islam dan menganalisa undang- undang dan hukum syarak yang relevan dalam permasalahan zakat, sedekah, fidyah dan kaffarah, pelupusan harta tidak patuh syariah, konsep jual beli dalam Islam dan konsep asas pelaburan dalam Islam dalam kalangan masyarakat.

“Harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberikan kesan yang baik dalam segenap kehidupan” menurut Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Hamizul bin Abdul Hamid selaku penceramah jemputan kursus ini.  Barisan penceramah yang berpengalaman menjayakan program ini terdiri dari Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Baitul Mal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Azrul Ismail, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dr. Wan Nor Aisyah binti Wan Yusof, Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dr. Md. Nurdin Ngadimon dan Pengurus Besar Institut Penyelidikan dan Perundingan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Nor Hafizza Abdul Manan.

Diharapkan kursus ini berupaya mengenalpasti isu- isu berbangkit berkaitan dengan zakat, sedekah, fidyah dan kaffarah, pelupusan harta tidak patuh syariah, konsep jual beli dalam Islam dan konsep asas pelaburan dalam Islam di Malaysia dan pendekatan penyelesaiannya. Kesimpulannya, untuk menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia kita perlulah mempunyai perancangan kewangan yang sempurna.

st harta kew1

st harta kew2

st harta kew3