Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 19 Julai 2018 - Kursus dakwah yang bertemakan Transformasi Da’i di bawah Pelan Operasi Latihan (POL), JAKIM disertai oleh 20 Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Gred S 41-44 dari JAKIM dan pegawai-pegawai Kader di Kementerian dan Agensi.

Penganjuran program bertujuan meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan transformasi diri untk berdakwah serta membina keyakinan dan karisma PHEI sebagai da’i yang mempunyai jati diri, berketerampilan, cekap dan cekal dalam mengharungi arus cabaran semasa.

Kursus ini merangkumi pelbagai topik berkaitan persediaan asas dalam menghasilkan da’i yang profesional. Ia terdiri daripada slot2 berikut :

  • Bicara Tokoh
  • Penghayatan Fardhu ain dan Kifayah dalam kehidupan
  • Ibadah pesakit
  • Praktikal Ibadah Pesakit
  • Panduan Pengurusan Jenazah sempurna
  • Praktikal pengurusan Jenazah

Penceramah-penceramah berpengalaman telah ditampilkan pada kursus kali ini seperti Mohamad Zamri Mohamed Shapik, Pengarah, Jabatan Pengurusan Media Rangkaian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia, Dr. Rosmawati Mohamad Rasit, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Mohd Isa Jasin, Penolong Pengarah, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Diharapkan agar kursus ini berupaya meningkatkan kemahiran PHEI dengan menerapkan kaedah, teknik komunikasi dan penyampaian dakwah secara berkesan.

dai1

dai2

dai3

dai4

dai5