Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 20 Julai 2018 - PROSES perbicaraan di mahkamah dipanggil litigasi, iaitu prosiding formal melibatkan dua pihak bertikai yang diadili oleh hakim. Ia amat berkait rapat dengan hak-hak yang diiktiraf oleh undang-undang dan prosedur yang perlu dipatuhi.  Kluster Pembangunan Keluarga dan Undang-Undang, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dengan kerjasama Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Litigasi dan Tatacara Jenayah Syariah pada 19 hingga 20 Julai 2018 kepada Pegawai Penguatkuasa Agama.

Kursus yang dihadiri oleh 30 orang peserta ini bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai undang-undang syariah dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya dan mempertingkatkan kefahaman peserta mengenai prosedur-prosedur, kaedah-kaedah, teknik-teknik yang digunapakai dalam mengendalikan tugas yang betul dan berkesan. 

Program ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman dari Jabatan Pencegahan Perjudian Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Azhiem Abu Bakar dan ASP Mohamad Izam Nahar.

Menjadi harapan agar kursus ini berupaya meningkatkan kemahiran, keyakinan diri dan disiplin peserta dalam mengendalikan tugas supaya lebih professional serta mewujudkan keseragaman dalam melaksanakan tugas perundangan syariah di kalangan pegawai-pegawai yang terlibat di seluruh Negara.

ligitasi1

ligitasi2

ligitasi3

ligitasi4

ligitasi5