Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi,8 Ogos 2018 – Usaha untuk meningkatkan kemahiran Pendakwa Syarie dan Pegawai Syariah dalam mengendalikan pendakwaan syariah secara professional sentiasa dijadikan perhatian dan dilaksanakan secara berterusan. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) juga mengambil peranan aktif dalam usaha ini dengan mengadakan Kursus Pendakwaan Syariah Lanjutan melalui Kluster Perundangan dan Kekeluargaan Islam.

Kursus lanjutan ini telah dijalankan selama 2 hari pada 7 dan 8 Ogos 2018 bertempat di ILIM Bangi dengan dihadiri seramai 34 orang Pendakwa Syarie dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri, Penguatkuasa Agama Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Pegawai Syariah dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Mohd Ihsan Mohamed Daud dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan, Tuan Nik Azlan Nik Man dari Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, JAKIM dan Tuan Mohd Fasha Musthafa dari Tetuan Hafis Norehan & Co.

Diharapkan agar usaha ILIM dalam memperkasakan institusi mahkamah syariah berupaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap langkah memartabatkan undang-undang Islam di negara ini.

Pendakwaan Syariah1

Pendakwaan Syariah2