Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 28 Februari 2019 – Kluster Kecemerlangan dan Kepemimpinan Islam (KKKI), ILIM telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Imej dan Keterampilan kepada pegawai hal ehwal Islam pada 27 hingga 28 Februari 2019 di Bilik Kuliah Abu Yusof, ILIM

Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk mengukuhkan kembali kefahaman mengenai kepentingan imej diri dan personaliti pegawai hal ehwal Islam disamping menambah nilai integriti serta memberi impak dan pengaruh kepada organisasi. Dengan adanya keterampilan imej, keyakinan pegawai agensi agama juga akan meningkat dalam melebar risalah dakwah kepada masyarakat.

Kursus selama 2 hari ini mendapat penyertaan seramai 18 orang pegawai hal ehwal Islam di Jakim dan kementerian serta mendapat bimbingan daripada certified image consultant, Puan Muna’izzah binti Fadzil.

Sepanjang pelaksanaan kursus, peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai pesona dan etika pemakaian, gaya tudung dan rambut serta beberapa simulasi berbentuk role play.

Kursus Pengukuhan Imej dan Keterampilan2

Kursus Pengukuhan Imej dan Keterampilan3

Kursus Pengukuhan Imej dan Keterampilan4