Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

INTAN Bukit Kiara, 9 Julai 2019 – Delegasi ILIM yang diketuai oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Hajah Zawanah binti Muhammadtelah membuat kunjung hormat ke INTAN Bukit Kiara dan disambut oleh Puan Punitha Veni Muthusamy, Timbalan Ketua Kluster, Kluster Pembangunan Kepakaran, INTAN. Objektif utama lawatan kali ini adalah untuk mendapatkan pengalaman INTAN berkaitan Training Road Map dan pengalaman berkaitan pembangunan kepakaran perunding latihan.

Dalam sesi kunjungan ini, ILIM telah mendapatkan beberapa intipati penting. Antaranya bentuk Training Road Map untuk pegawai, pengurusan kualiti untuk modul, kursus-kursus yang diperlukan oleh pegawai sama ada di dalam atau luar negara dan pendekatan kepada pegawai INTAN dalam melahirkan perunding latihan yang berkepakaran.

ILIM melalui ketua delegasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak INTAN dan ILIM juga akan memberi kerjasama dan perkongsian kepada INTAN dalam aspek kajian-kajian penilaian latihan termasuk kajian impak pada masa akan datang.

 Kunjung Hormat ke INTAN

Kunjung Hormat ke INTAN 2