Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Pada 9  hingga 11 Julai 2019  yang lepas iaitu  hari selasa hingga khamis, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Telah mengadakan Kursus Kaunseling Syarie bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 27 orang yang terdiri daripada guru-guru KAFA telah mengikuti program berkenaan, daripada daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tungku.

Objektif utama ialah menjelaskan konsep asas kaunseling menurut perspektif Syariah, menerangkan proses kaunseling Syarie dan menjelaskan asas dalam kaunseling Syarie. Pengisian ceramah disampaikan dalam kursus ini oleh penceramah yang berpengalaman. Iaitu, Ustaz Fahnan bin Abdul Wahab dan Ustaz Muhammad Abu Handhalah bin Kamil. Pengisian yang disampaikan ialah Pengenalan Asan Kaunseling, Tanggungjawab Dan Ciri-Ciri Kaunselor, Pengenalan Kaunseling Syarie, Sifat Tabie Manusia Menurut Islam Dan Perkembangan Psikologi, Pendekatan Dan Proses kaunseling Syarie dan Kemahiran Asas Kaunseling. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan.

Majlis penutupan kursus  berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim, selaku Pengarah Kampus, Institut  Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Kursus Kaunseling Syarie LahatDatu

Kursus Kaunseling Syarie LahatDatu1