Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Pada 16 hingga 18 Julai 2019 yang lepas iaitu hari selasa hingga khamis, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Telah mengadakan Kursus Metodologi Dakwah Siri2. Bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Khaldun, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu. Seramai 34 orang yang terdiri daripada imam-imam dan masyarakat setempat telah mengikuti program berkenaan. Mereka daripada daerah Lahad Datu.

Objektif utama kursus ialah memberi kefahaman mengenai teknik penyampaian mesej dakwah yang berkesan, mempertingkatkan pengetahuan mengenai metod dan uslub dakwah dan melahirkan pendakwah yang bermotivasi, cekal dan tabah dalam menyampaikan mesej dakwah. Pelbagai tajuk kertas kerja dibentangkan dalam kursus ini oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.Antaranya ialah Ustazah Nurulhuda binti Abdul Kadir, menyampaikan slot berkenaan “Pengenalan Dakwah” dan “Metod Dakwah Masa Kini”. Encik Lajarudi bin Lajahidi memberikan pengisian tentang “Pendakwah Cemerlang” dan “Pengucapan Awam”. Berikutnya Ustaz Fahnan bin Abdul Wahab, menyampaikan ceramahnya berkenaan “Strategi Dan Sasaran Dakwah” dan “Metod Dakwah Muslim Dan Non Muslim. Para peserta memberikan komitmen dan tumpuan yang maksimum kepada setiap aktiviti dan sesi ceramah yang dijalankan.

Majlis penutupan kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Mutalib bin Abdul Rahim, selaku Pengarah Kampus, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Lahad Datu dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Kursus Metodologi Dakwah Siri 3 LahatDatu1

Kursus Metodologi Dakwah Siri 3 LahatDatu2

Kursus Metodologi Dakwah Siri 3 LahatDatu3