Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 24 Julai 2019 – Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM), telah menganjurkan Kursus Rayuan dan Semakan Siri iipada 23 hingga 24 Julai 2019 di Bilik Sibaweh, ILIM Kampus Utama.

Seramai 19 orang peserta terdiri dari pelbagai agensi termasuk Mahkamah Rendah Syariah Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah telah menyertai kursus tersebut.

Dalam program ini, peserta telah mempelajari draf kaedah rayuan jenayah Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah dan draf kaedah rayuan jenayah Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah, notis rayuan, penyampaian notis rayuan kepada responden dan penyediaan alasan penghakiman dan nata prosiding, pestisyen rayuan, rekod rayuan serta pengurusan kes dan keputusan rayuan.

Layari Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

Kursus Rayuan dan Semakan Siri ii1

Kursus Rayuan dan Semakan Siri ii2