Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 19 Februari 2020 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Majlis Islami pada 18 hingga 19 Februari 2020 bertempat di Bilik Kuliah Ibn Khaldun Aras Bawah,Blok Akademik A, Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Objektif kursus ini adalah seperti berikut untuk memberi pendedahan mengenai pengendalian majlis rasmi dan tidak rasmi, meningkatkan kemahiran mengurus majlis Islami; dan meningkatkan imej pengaturcaraan majlis islami.

Seramai 50 orang peserta dari pelbagai gred jawatan (Gred 19 hingga 40) telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai JAKIM/MAIN/JAIN dan Kader JAKIM di Jabatan Penjara, Agensi serta Kementerian. Kursus ini menggunakan khidmat tenaga penceramah dan fasilitator yang berpengalaman dari Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan juga mantan pegawai Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar JAKIM.

Kursus ini merupakan kursus pengenalan khusus berkaitan pengurusan Majlis Rasmi Islami dilaksanakan oleh ILIM. Berdasarkan penilaian yang diterima di akhir kursus, urusetia kursus merumuskan bahawa para peserta memberi maklumbalas yang sangat baik mengenai pelaksanaan dan pengisian kursus dan kursus ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang.

 Kursus Pengurusan Majlis Rasmi Islami 1

Kursus Pengurusan Majlis Rasmi Islami 3