Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 26 Februari 2020 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah menganjurkan Kursus Power Up Your English: Public Speaking And Communication pada 25 hingga 26 Februari 2020 bertempat di Bilik Kuliah Abdul Kadir Jailani, Blok Akademik A, ILIM. Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAKIM, MAIN dan JAIN serta penjawat awam sekitar Putrajaya dari pelbagai gred jawatan ( 41 hingga 48) telah menghadiri kursus ini.

Kursus Power Up Your English: Public Speaking and Communication adalah bertujuan untuk membentuk keyakinan diri pegawai menggunakan Bahasa Inggeris yang betul, tepat dan mudah difahami dalam semua situasi. Kursus ini telah dikendalikan oleh            YBhg. Prof Emeritus Tan Sri Dr. Mohd Kamal bin Hasan, Felo JAKIM.

Sebanyak lapan (6) slot pengisian dikendalikan sepenuhnya oleh beliau dan diakui pengalaman dan kepakaran beliau dalam penguasaan Bahasa Inggeris tidak dapat disangkal dan diterjemahkan menerusi kursus ini. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan ilmu yang diperolehi dan berharap agar kursus ini diteruskan di masa-masa akan datang. Di antara slot yang menarik antaranya Ice Breaking, Common Expression in English Part 1 and Part 2, How to ask questions, Situation & Dialog at work place, M.C For event : Talk by Director General of JAKIM on the importance JAKIM to Muslin Head State and Presentation on “ Muslim as a Muslim country “ to Non Muslim – Latihan.

Kursus power up your english 2020 2

Kursus power up your english 2020 1