Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 12 Mac 2020 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah menganjurkan Kursus Komunikasi Kepimpinan Berpengaruh pada 10 hingga 12 Mac 2020 (Selasa-Khamis) bertempat          di Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Besut, Bukit Kluang, Besut Terengganu. Kursus kali ini diadakan di luar Kampus Bangi bagi memberi peluang kepada peserta untuk mengenali kampus-kampus di bawah seliaan ILIM. Selain, itu fasiliti ILIM Kampus Besut juga sesuai dengan slot-slot yang telah dirancang dalam kursus ini terutamanya untuk peningkatan kemahiran komunikasi pegawai dalam pelbagai situasi bagi mencapai matlamat organisasi

Seramai 27 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) gred S44 lantikan JAKIM pada tahun 2003 yang bertugas di JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kader JAKIM di Kementerian. Di antara objektif yang digariskan dalam penganjuran kursus ini ialah bagi meningkatkan imej, keterampilan dan keyakinan diri pegawai sebagai pemimpin professional, meningkatkan kemahiran komunikasi serta meningkatkan kesedaran mengenai kebertanggungjawaban dalam kepimpinan organisasi.

Kursus ini menggunakan khidmat tenaga pakar luar iaitu YBrs. Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus, pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan fasilitator En. Muhammad Nabil Fikri bin Ahmad Jawahir, Associate Trainer daripada Ilham Rosayu Training & Resources PLT.

Antara pengisian dan aktiviti menarik dalam kursus ini iaitu sesi taaruf, seni emosi dan kebertanggungjawaban pemimpin, ujian psikometrik, explorasi diri asertif, penyelesaian masalah dalam organisasi, kepelbagaian emosi diri dan pengawalan membentuk kesatuan dalam organisasi. Pelbagai aktiviti berbentuk game yang menarik disediakan kepada peserta untuk menambahkan kefahaman dan kesan yang mendalam kepada peserta. Hasil rumusan akhir kursus, peserta telah memberi maklumbalas yang sangat baik mengenai pelaksanaan dan pengisian kursus.

Kursus komunikasi kepimpinan berpengaruh 9

Kursus komunikasi kepimpinan berpengaruh 6

Kursus komunikasi kepimpinan berpengaruh 3

Kursus komunikasi kepimpinan berpengaruh 1

Kursus komunikasi kepimpinan berpengaruh 4

Kursus komunikasi kepimpinan berpengaruh 8