Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 24 Jun 2020 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) telah menganjurkan Kursus Bahasa Arab Komunikasi Secara Atas Talian pada 24 Jun 2020. Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAKIM, MAIN dan JAIN serta penjawat awam sekitar Putrajaya dari pelbagai gred jawatan telah mengikuti kursus secara atas talian ini.

Kursus Bahasa Arab Komunikasi Secara Atas Talian ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai asas komunikasi dalam Bahasa Arab serta teknik berkomunikasi dengan betul bagi diimplementasikan dalam perbualan harian.

Kursus ini dilaksanakan sebanyak 3 siri mengikut kaedah norma baharu dalam latihan. Dua (2) siri lanjutan akan diadakan pada 8 dan 22 Julai 2020. Penceramah di dalam kursus secara atas talian ini ialah YBhg. Dr. Mat Nawi bin Mat Jusoh, Penolong Pengarah Kanan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya. Peserta sangat berpuashati dengan kursus yang dianjurkan malah memohon agar pihak ILIM mengadakan kursus ini untuk siri-siri seterusnya. Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mengikuti kursus secara atas talian ini dalam suasana norma baharu yang sedang kita hadapi pada ketika ini.

 kursus bahasa arab komunikasi 1

kursus bahasa arab komunikasi 2

kursus bahasa arab komunikasi 3

kursus bahasa arab komunikasi 4