Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Port Dickson, 12 Oktober – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM melalui Cawangan Pembangunan Profesionalisme (CPP), telah mengadakan Kursus Train The Trainer : Pendekatan Gamifikasi Dalam Kejurulatihan kepada Perunding Latihan ILIM pada 12 hingga 13 Oktober 2020 bertempat di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kursus ini diadakan bertujuan memberi nilai tambah dan kemahiran kepada  Perunding Latihan/ Jurulatih ILIM dengan menggunakan teknik permainan (games) dalam melaksanakan kursus. Disamping itu juga, ia dapat meningkatkan kemahiran penyampaian serta memberi pendedahan kepada perunding latihan dalam mengaplikasikan gamifikasi dalam kejurulatihan.

Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman daripada Bitara Succes Management yang iaitu Tuan Khaeril Anuar bin Darus. Seramai 35 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada perunding latihan/jurulatih ILIM. Kursus ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Kompetensi (CPK) ILIM, Puan Adawiah binti Lias dan Pakar Rujuk Perundangan, Puan Fatimah binti Manja.

Sepanjang kursus ini, perunding latihan telah didedahkan dengan pelbagai teknik gamifikasi dan latihan simulasi serta melengkapkan kemahiran yang diperlukan sehingga layak memperolehi Certified Neuro Linguistic Programming (NLP) Practitioner (KAD-Malaysia) For Trainners.

Majlis penangguhan kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr Nordin bin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM. Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada perunding latihan/jurulatih ILIM melalui pendekatan gamifikasi dalam kejurulatihan.