Beliau yang dalam ucapannya telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di Darul Quran. Beliau juga telah mengingatkan pelajar agar tidak terlalu selesa dengan suasana dan biah di Darul Quran kerana pelajar akan berhadapan dengan cabaran yang lebih luas di apabila keluar dari Darul Quran. Justeru kata beliau lagi pelajar perlu menjaga nama baik sebagai penghafaz al-Quran walau di mana sahaja berada.
Terdahulu, majlis ini telah diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh pelajar 94 orang pelajar banin dengan dipimpin oleh Us. Wan Ahmad Ikram Bin Wan Mohamed, Us. Mohd Farhan Bin Khalid dan Us. Kyairool Nizam Bin Khiruddin.
Y.Bhg. Dato’ Haji Razali Bin Shahabuddin yang diiringi oleh Y.Brs. Dr Haji Nordin Bin Ahmad telah menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada saudara Wan Mohd Syahmi Bin Wan Ahmad dan saudari Zirwatulamal Binti Mohammad Idrus. Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang kepada Us. Muhammad Zaki Bin Ab Rahman dan Ust. Nurul Firdaus Binti Rejab serta sijil khatam kepada 205 orang pelajar.
Turut hadir meraikan majlis ialah Y.Brs. Pengarah-Pengarah Bahagian Jakim, ketua-ketua jabatan dan pengetua-pengetua sekitar Hulu Selangor, ibu bapa, para pensyarah serta pegawai dan kakitangan Darul Quran Jakim.