Kurator Berita : Darul Quran
Darul Quran telah menyambut ulangtahun yang ke-50 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat. Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg. Dato’ Haji Hassan Mahmud Al-Hafiz, pelajar generasi ke-2 Darul Quran. Y.Bhg. Dato’ telah mengetuai bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat dan diikuti bersama warga Darul Quran serta tetamu jemputan.
Majlis yang diadakan selepas solat Asar secara berjemaah ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Razali Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim mewakili Y.Bhg. Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman Bin Mustapha.
Beliau yang dalam ucapannya telah menceritakan tentang sejarah perkembangan Darul Quran bermula pada tahun penubuhannya iaitu pada 1 Mac 1966 hinggalah sekarang. Beliau juga telah menyatakan bahawa Darul Quran pada 50 tahun yang lalu bermula dengan hanya 8 orang pelajar sahaja dan sekarang jumlah graduan Darul Quran adalah sebanyak 2,694 orang, tidak termasuk pelajar-pelajar dari Maahad-Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri yang bernaung di bawah Darul Quran.
Terdahulu, Pengarah Darul Quran, Dr Haji Nordin Bin Ahmad telah menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapan aluannya, Y.Brs. Dr telah menyatakan perancangan-perancangan Darul Quran dalam menyambut Jubli Emas pada tahun ini.
Selain bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat, majlis diserikan lagi dengan tayangan video sejarah Darul Quran, bacaan ‘haflah’ tarannum serta qasidah yang dipersembahkan oleh wakil pelajar semester 6.
Sebanyak 5 biji kek selain kek utama untuk gimik perasmian telah disumbangkan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Kek-kek tersebut telah disumbangkan oleh Cawangan Kualiti Pendidikan Tahfiz, Koperasi Darul Quran, Puspanita Darul Quran, Persatuan Kebajikan Maahad Tahfiz (PERKEMAT DQ) dan Perwakilan Mahasiswa USIM-DQ (PERMAS).
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 1
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 2
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 3
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 4
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 5
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 6
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 7
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 8
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 9
 
Majlis Bacaan Yaasin Tahlil Doa Jubli Emas DQ 10