Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Januari - Malaysia bakal menganjurkan Global Halal Summit 2019 atau lebih dikenali sebagai GHaS 2019 yang bakal membuka tirainya bermula 01 hingga 06 April tahun ini. Majlis Pra Pelancaran GHaS 2019 Bersama Media yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof malam tadi menjadi titik permulaan kepada hebahan rasmi berkenaan program halal paling berprestij bertaraf dunia.

Dengan tema "Halal Connecting The World", persidangan halal ini bakal menggabungkan 6 program utama termasuk Konvensyen Badan Pensijilan Halal Kali Ke - 10 dan Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang akan mengumpulkan pemain-pemain industri dan badan-badan pensijilan halal dari seluruh dunia serta menjadi medan dalam meningkatkan kefahaman serta kerjasama dalam memartabatkan Pensijilan Halal Malaysia.

Antara pengisian terkini yang akan menjadi tumpuan dalam Sidang Kemuncak Halal Global 2019 ini ialah penganjuran Global Halal Industries Congress (GHIC) yang merupakan satu inisiatif terbaru sebagai pendekatan utama kepada industri untuk meneroka dengan lebih luas berkaitan pensijilan halal domestik dan antarabangsa di Malaysia. Selain memberikan pemahaman yang jelas dan terperinci mengenai halal di kalangan industri, kongres ini juga sangat sesuai untuk memperkukuhkan lagi pematuhan halal bagi keseluruhan rantaian bekalan dikalangan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.globalhalalsummit.my

http://www.halal.gov.my

Ikuti suasana sekitar Majlis di:-

http://bit.ly/MajlisPraPelancaranGHaS2019

#HalalConnectingTheWorld

#HalalMalaysiaHaveFaith

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#GlobalHalalSummit2019

BERITA PREGHAS 2019 UTAMA 28012019

BERITA PREGHAS 2019 1 28012019

BERITA PREGHAS 2019 3 28012019

BERITA PREGHAS 2019 2 28012019