Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

ARAU, 30 Januari 2019 - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau melakar sejarah apabila menjadi institusi pendidikan tinggi di utara yang mendapat pengiktirafan JAKIM sebagai Penyedia Latihan Halal (PLH) dan sekaligus menawarkan program eksekutif halal di negara ini.

Pengarah Majlis Halal Malaysia JAKIM, YBhg. Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pengiktirafan itu membolehkan PTSS memberi tumpuan untuk melatih peserta Program Pensijilan Eksekutif Halal. Menurut beliau program itu akan membantu JAKIM melahirkan eksekutif halal yang kini menjadi kerjaya yang amat diperlukan oleh industri.

Dengan pelantikan PTSS, agensi itu menjadikan setakat ini 32 agensi diberi tauliah menyediakan kursus dan latihan eksekutif halal. Beliau menjelaskan program itu turut mendapat sambutan daripada industri halal luar negara. Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Eksekutif Halal di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Pauh Putra, Arau.Turut diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian di Antara Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan dan Pengerusi Dagang Halal Sdn Bhd, Datuk Haji Muhadzir Mohd Isa untuk menjalin kerjasama.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my

http://www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

BERITA PLH MHM UTAMA 30012019

BERITA PLH MHM 30012019 2

BERITA PLH MHM 30012019 4

BERITA PLH MHM 30012019 3