Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia

PUTRAJAYA, 10 Mei 2019 - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan ANGKASA yang diketuai oleh YBhg. Tn. Hj. Azhar bin Hamzah, selaku Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah bersama 4 delegasinya adalah untuk membentangkan cadangan permohonan peruntukan untuk pembangunan gerakan koperasi melalui pelaksanaan beberapa siri bengkel berkaitan teori dan teknikal pensijilan halal di Malaysia.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Asri bin Abdullah selaku wakil Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia. Antara intipati ucapan beliau ialah ekosistem halal di Malaysia melibatkan pelbagai pihak dan fokus utama JAKIM ialah proses pensijilan halal itu sendiri. Beliau turut menjelaskan JAKIM sedia bekerjasama dari sudut membekalkan khidmat kepakaran dalam bidang halal. Pihak ANGKASA juga ditawarkan untuk mengikuti kursus Halal Executive yang dilaksanakan oleh Halal Professional Board (HPB).

Pertemuan yang berlangsung selama satu jam berkenaan turut melibatkan beberapa pegawai kanan MHM, antaranya Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dan Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Yusof.

*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

http://www.halal.gov.my/

http://www.islam.gov.my/

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaMenerajuiDunia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmah

LAWATAN ANGKASA UTAMA 10052019

LAWATAN ANGKASA 2 10052019

LAWATAN ANGKASA 3 10052019