Kurator Berita : Sekretariat Majlis Halal Malaysia
HANOI, VIETNAM - The 15th Meeting of the ASEAN Working Group on Halal Food (15th AWGHF Meeting) telah diadakan dari 09 - 11 Julai 2019 dan merupakan pertemuan tahunan yang menghimpunkan semua negara anggota serta berfungsi untuk membuat pengesyoran berhubung sebarang cadangan berkaitan kerjasama halal dalam skop makanan.
 
Malaysia telah diwakili oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Jabatan Standard Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Majlis Halal Malaysia.
 
Malaysia terus memberikan komitmen dan akan memainkan peranan yang aktif melalui platform ini selari dengan semangat ASEAN serta turut menawarkan perkongsian kepakaran dan pembangunan kapasiti bagi negara anggota yang berminat untuk mengikuti model Malaysia dalam bidang halal ini.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
 
Mesyuarat AWGHF 1 100719
 
Mesyuarat AWGHF 2 100719
 
Mesyuarat AWGHF 3 100719