Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
30 Jun 2020 - 02 Julai 2020 (Selasa - Khamis) - Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (Kampus Kudat) dengan kerjasama Cawangan Akademik IPDAS Keningau sedang membangunkan kurikulum Sijil Asas Islam Malaysia (SAPIM) selama 3 hari bermula pada hari ini. Bengkel ini dipimpin oleh Dr. Baharudin bin Othman Timbalan Pengarah IPDAS dan Dr. Nur A'thiroh Masyaa'il Tan, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
 
Matlamat bengkel ini adalah untuk membangunkan kerangka kursus yang bersesuaian bagi tiga (3) kumpulan sasar iaitu Muallaf, Muslim Pedalaman dan Muslim Asal yang memerlukan pengetahuan asas fardhu ain dan kifayah. Kursus Asas ini juga merupakan persinggahan pertama pendidikan bagi kumpulan rentan dalam peta perjalanan mereka menuntut ilmu di IPDAS. Kejayaan mereka dalam program SAPIM, insyaAllah akan melayakkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Program Sijil dan Diploma.Selain itu, hasil pembinaan kursus ini juga dijangkakan akan diperluaskan pelaksanaannya ke masjid-masjid sekitar Negeri Sabah. Pihak Urus setia mengucapkan setinggi penghargaan kepada YBhg. Ustaz Mohammad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah IPDAS yang meluangkan masa mengikuti perbincangan bengkel seterusnya merasmikan bengkel tersebut. Siru ala barakatillah. Doakan hasil yang terbaik buat IPDAS.
 
Bengkel Pembangunan SAPIM 1
 
Bengkel Pembangunan SAPIM 2
 
Bengkel Pembangunan SAPIM 3
 
Bengkel Pembangunan SAPIM 4