Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Negeri Sabah, memang kaya dengan budaya dan kesenian, maka tidak hairanlah lahir ramai penggiat seni, rata-ratanya berasal dari Sabah, dari Penyanyi Nasyid Nazrey Johani, Juara Program Dai Nusantara Musim Ke-6 Da'i Adam, Juara Maharaja Lawak Kumpulan Zero dan lain-lain.

Menyedari keunikan dan keistimewaan ini, IPDAS mengambil inisiatif untuk melebarkan risalah dalam bidang pendidikan khususnya seni kreatif dan digital. Pada 8 Julai 2020, IPDAS telah mengadakan Kunjung Hormat bertemu Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang bertujuan untuk berbincang dan berkolaborasi dalam memperkenalkan program-program seni kreatif dan digital melalui program modular dan elektif Sijil.

Delegasi IPDAS yang diketuai oleh YBhg. Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah IPDAS, YBhg. Dr. Baharudin bin Othman, Timbalan Pengarah IPDAS dan pegawai IPDAS telah disambut dengan mesra oleh Prof. Madya Dr. Sahar Sa'di Hashim, Rektor ASWARA, YM Raja Nor Sheela Raja Aziddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, En. Mohd Amir Hakim Mohd Yusof, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Dekan- dekan Fakulti, Pendaftar dan Ketua bahagian ASWARA

Perbincangan berkisar strategi merealisasikan hasrat dan impian IPDAS untuk memperkenalkan Diploma Dakwah Kreatif dan Diploma Dakwah Digital.

Semoga dengan usaha ini dapat mengembangkan syiar Islam dalam dunia seni di Malaysia amnya dan Sabah khasnya.
 
Menyemarakkan Seni Kreatif Di Sabah 1
 
Menyemarakkan Seni Kreatif Di Sabah 2
 
Menyemarakkan Seni Kreatif Di Sabah 3