Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
IPDAS Kampus Kudat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu yang telah berjaya mendaftarkan diri pada 06 dan 07 Julai 2020 mengikut norma baharu. Semasa sesi pendaftaran dijalankan setiap pelajar dan ibubapa perlu mengikut setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak IPDAS Kampus Kudat.

Sesi pendaftaran telah dilaksanakan secara berfasa mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti dalam surat tawaran. Seramai 32 orang pelajar baharu telah mendaftar pada 06 Julai 2020 dan 39 orang pelajar baharu pada 07 Julai 2020. Simulasi pengurusan pendaftaran berdasarkan SOP boleh di tonton di Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=-UMJ2mMuo38)

Semoga para pelajar baharu IPDAS Kampus Kudat dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
 
Syabas Dan Tahniah IPDAS Kudat 1
 
Syabas Dan Tahniah IPDAS Kudat 2
 
Syabas Dan Tahniah IPDAS Kudat 3