Kurator Berita : Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)
Tren pelancongan Islam kini dilihat semakin berkembang secara pantas yang mana permintaan dan penawaran terhadap pelancongan ini meningkat dari semasa ke semasa. Malaysia pula memiliki potensi yang besar untuk dijadikan sebagai destinasi pilihan pelancongan Islam di peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan kejayaan Malaysia menduduki tempat pertama dalam Global Travel Index pada tahun lepas, menurut satu kajian di peringkat global oleh CrescentRating pada tahun 2019.
 
Di Sabah terdapat lebih 57 lokasi pelancongan menarik dan kaya dengan alam semula jadi terutamanya di pulau-pulau, pusat penjagaan hidupan liar dan kawasan Taman Negara yang menjanjikan keindahan hutan belantara Borneo. Sektor pelancongan merupakam antara peluang terbaik pelajar/graduan khususnya dalam pengajian Islam untuk mewarnai bidang pelancongan, dalam erti yang lain di samping melancong melihat keindahan alam, ia juga menimbulkan rasa insaf dan kagum dengan kebesaran Pencipta.
 
Menyedari peluang ini, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah telah mengadakan kunjungan hormat ke Islamic Tourism Centre pada 9 Julai 2020, Khamis antara lain memohon pandangan pakar dan pembangunan kursus, modul yang bersesuaian serta strategik sebagai tapak permulaan IPDAS berjinak-jinak dalam dunia pelancongan Islam.
 
Kunjungan IPDAS yang diketuai oleh Pengarah IPDAS Mohamad Zamri bin Mohamad Shapik disambut baik oleh Pn. Nur Alyssa Coraline Yussin, Pengurus Penyelidikan & Latihan, ITC. Semoga IPDAS dan ITC dapat terus bekerjasama untuk menyemarakkan lagi pelancongan Islam di negara ini.
 
 
Sinergi IPDAS Bersama ITC Pelancongan Mesra Muslim 1
 
Sinergi IPDAS Bersama ITC Pelancongan Mesra Muslim 2
 
Sinergi IPDAS Bersama ITC Pelancongan Mesra Muslim 3