Kurator Berita : Jakim Sabah

ada 21 November 2015 / 9 Safar 1437H Pusat Latihan Dakwah Kudat Jakim Cawangan Sabah telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Kali Ke-19 di Dewan Serbaguna PLD Kudat. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Suhaili bin Haji Said Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.49 Tungku dan secara rasminya mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.

 
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Razali bin ShahabuddinTimbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan)mewakili Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), YBhg. Tuan Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali Pengarah Jakim Cawangan Sabah, YBhg. Puan Hajjah Zaloha binti Ahmad mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), YBhg. Tuan Hamdani bin Umar mewakili Sohibussamahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan YBhg. En. Sapdin bin Ibrahim Pegawai Daerah Kudat. Kehadiran YB Datuk Haji Mohd Suhaili bin Haji Said serta semua kenamaan telah disambut baik oleh YBhg. Ustaz Nik Ismail Bin Jusoh selaku Pengetua di Pusat Latihan Dakwah Kudat.
 
Seramai 183 orang terdiri daripada 86 lelaki dan 97 perempuan telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan dengan Sijil Asas Pengajian Islam dan Dakwah (SAPID). Manakala seramai 4 orang pelatih pula telah dipilih melalui jawatankuasa khas untuk menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh YB Datuk Haji Mohd Suhaili bin Haji Said mewakili YAB Ketua Menteri Sabah bagi kategori berikut:
 
            1.         Anugerah Ketua Menteri Sabah.
            2.         Anugerah Ketua Pengarah Jakim.
            3.         Anugerah Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
            4.         Anugerah Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
           

Majlis Konvokesyen Kali Ke-19 ini diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat terdiri dari pengarah-pengarah bahagian Jakim, ketua-ketua jabatan/agensi sekitar daerah Kudat dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

majlis konvo 19 pld kudat 1

majlis konvo 19 pld kudat 2

majlis konvo 19 pld kudat 3

majlis konvo 19 pld kudat 4

majlis konvo 19 pld kudat 5

majlis konvo 19 pld kudat 6

majlis konvo 19 pld kudat 7