Kurator Berita : Unit Integriti

Pada 24 Februari 2017, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menerima satu kunjungan hormat daripada Unit Integriti Jabatan Perdana Menteri (JPM) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Tetamu yang diraikan adalah Ketua Unit Integriti JPM, Tuan Haji Mohamad bin Ahmad @ Puteh dan Pegawai Kader Jakim di Unit Integriti, JPM iaitu Ustaz Majdi bin Mohamad Nor. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh YBhg. Encik Masri bin Razali, Pengarah Kanan Pengurusan Jakim dan pengarah-pengarah serta wakil daripada semua bahagian di Jakim. Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara.

Sebagai salah satu agensi di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri, kunjungan hormat tersebut diadakan bertujuan mendapatkan maklumat mengenai fungsi dan objektif Jakim serta program-program yang telah dirancang oleh jabatan. Kunjungan tersebut turut membincangkan mengenai isu-isu integriti di jabatan serta berkongsi pandangan mengenai langkah-langkah untuk mengatasinya.

Majlis Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan penyampaian buku terbitan Jakim sebagai tanda kenangan kepada Unit Integriti JPM. 

 

1

2

3

4

5