Kurator Berita : Unit Integriti

BERINTEGRITI MELESTARI BUMI

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Ungkapan ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga. Sebagai peminjam, kita wajib menjaga bumi ini dengan cermat supaya kita dapat memulangkannya dalam keadaan yang sebaik mungkin kepada generasi pewaris.
 
Justeru, sebagai usaha menyemai benih integriti dan nilai-nilai murni dalam kehidupan, satu Dialog Integriti bertemakan “Berintegriti Melestari Bumi” telah diadakan pada 1 Mac 2018 bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Putrajaya. Program ini dianjurkan secara kolaborasi strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
 
Program dialog yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Zakaria bin Haji Othman selaku moderator, telah menampilkan tiga orang panel daripada pengurusan tertinggi dari tiga organisasi iaitu:
 
   i) Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
      Ketua Setiausaha, KeTTHA
 
 ii) Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim                                                                                     
     Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim
 
iii) Datuk Wira Roslan bin Ab Rahman                                                                                               
     Chief Corporate Officer (CCO), TNB
 
Isu mengenai tabiat pembuangan sampah sesuka hati, pembaziran air dan elektrik, pencemaran gas karbon, penggunaan bahan pakai buang dan peranan manusia sebagai khalifah dalam memakmur dan menjaga kelestarian bumi ini telah dikupas oleh ketiga-tiga panel dalam usaha mempromosi gaya hidup hijau ke arah mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50 Green) dan pembangunan mampan “Sustainable Development Goals 2030” (SDG 2030) untuk Malaysia.
 
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha meningkatkan kesedaran integriti akan tercapai berdasarkan objektif yang telah disasarkan.

D1

 D2

 

D3

 

D4