Kurator Berita : Unit Integriti

Pada 2 hingga 4 Oktober 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Integriti telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAKIM bertempat di Holiday Inn, Melaka. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Norasikin binti Baharudin dan Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd. Razif daripada Institut Integriti Malaysia (IIM).

Bengkel ini diadakan bagi tujuan menyediakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat jabatan dalam usaha menjayakan agenda Kerajaan untuk mendukung usaha pemantapan governans, integriti dan antirasuah dalam pengurusan pentadbiran Kerajaan.

Seramai 25 orang pegawai yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional daripada setiap bahagian di JAKIM hadir bagi berkongsi pandangan dan pengalaman dalam mengenal pasti risiko yang telah, sedang dan mungkin akan berlaku di jabatan seterusnya merangka pelan tindakan yang bersesuaian.

Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Apandi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan bengkel ini. Semoga pembangunan pelan OACP ini akan dapat membantu mempertingkatkan lagi tadbir urus jabatan dan integriti warga JAKIM.

oacp1

oacp2

oacp3

oacp4

oacp5

oacp6

oacp7