Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

         Program takmir masjid dan surau merupakan suatu program keilmuan Islam secara tidak formal di masjid-masjid dan surau-surau yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia melalui penyelarasan dan pembiayaan kewangan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Bagi memastikan pengurusan tugas-tugas berkaitan pembayaran imbuhan imam, takmir dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dilaksanakan dengan baik dan mengikut peraturan, satu sesi Pemantauan Pengurusan Pembayaran Imbuhan Imam, Takmir dan PPMD telah dijalankan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) pada 27 dan 28 Julai 2016. Pasukan pemantau JAKIM telah diketuai oleh Puan Siti Rahmaniah binti Bachok, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengimarahan Masjid Bahagian Kemajuan Islam serta disertai oleh Puan Nor Aisyah binti Mohd Yunus, Penolong Pengarah Kanan Unit Takmir, Tuan Haji Mohd Sofian bin Mat Ludin, Penolong Pengarah Unit Imam dan Encik Muhamad Haidir bin Zainuddin, Penolong Pengarah Unit PPMD.

 

Kehadiran YBhg. Dr. Haji Hazman bin Hassan yang merupakan Pengarah yang baru bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam pertemuan awal dan exit meeting pihak JAKIM bersama pihak JAIPs, telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan pihak Jabatan Agama Islam Negeri berkolaborasi dengan pihak kerajaan Persekutuan melalui JAKIM dalam program pengimarahan masjid/surau.

 

             Hasil pemantauan berkenaan kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh pihak JAKIM dikongsikan bersama pihak JAIPs semasa exit meeting sesi pemantauan tersebut. Melalui sesi pemantauan ini juga, isu-isu atau permasalahan yang timbul dapat dikenalpasti supaya ia dapat ditangani dengan bijaksana.


IMG 20160728 WA0016

 

IMG 20160727 WA0026

 

IMG 20160727 WA0025