Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengadakan Multaqa Imam, AJK Kariah Masjid dan Surau Jumaat, Guru KAFA dan Guru Takmir Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2016M/1437H pada 29 Ogos 2016 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Negeri Sembilan.

            Program Multaqa yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan ini turut dihadiri oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Kota, YB Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mat Ali bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan, serta Pegawai-pegawai Kanan JAKIM dan JHEAINS. Program ini telah menghimpunkan 900 orang peserta yang terdiri daripada para imam, AJK kariah masjid dan surau Jumaat, guru KAFA dan guru takmir di Negeri Sembilan.

            Program Multaqa ini merupakan satu platform pertemuan antara pemimpin (Umara’) dan golongan agamawan (Ulama’) bagi membudayakan persefahaman. Melalui penganjuran Program Multaqa ini, para peserta didedahkan mengenai perkembangan terkini isu-isu semasa hal ehwal Islam di Malaysia dalam dua sesi ceramah iaitu Ceramah 1 yang bertajuk “IS dan Ekstremisme Suatu Ancaman Keselamatan Negara” yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ayub Khan Mydin Pitchay, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Ceramah 2 yang bertajuk “Daulatkan Islam Agama Negara” yang disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

            Dalam ucaptama YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau ada memaklumkan mengenai peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Sebanyak RM27,040,734.00 telah diperuntukkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan bagi tujuan bayaran imbuhan imam, elaun guru takmir, elaun guru KAFA dan peruntukan bagi Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Selain itu, usaha dan sumbangan golongan agamawan dalam memartabatkan syiar Islam di Negeri Sembilan turut diiktiraf dengan penyampaian Anugerah Masjid Terbaik dalam empat kategori iaitu; Pengurusan Masjid Terbaik, Pengimarahan Masjid Terbaik, Kemudahan Prasarana Masjid Terbaik dan Persekitaran Masjid Terbaik, di samping penyampaian Anugerah Khas Imam.

14100495 1070826039666837 3680494452612615540 n

 

14102511 1070826949666746 1758206343827854379 n

 

14117910 1070826106333497 4605581824082999244 n

 

14199595 1070827133000061 3125500851832696813 n copy