Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Bahagian Kemajuan Islam, Jakim dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) Negeri Sabah pada 27 hingga 29 September 2016 bertempat di The Klagan Hotel Kota Kinabalu, Sabah.

 

Antara objektif kursus ini ialah:

  1. memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang pengendalian rekod dan laporan kewangan ;
  1. meningkatkan tahap profesionalisme peserta dalam mempelajari ilmu pengurusan acara, etika dan protokol majlis rasmi dan tidak rasmi ;
  2. memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang peningkatan kualiti pengurusan berkaitan fail dan rekod ;
  3. memantapkan pemahaman peserta terhadap penyediaan surat rasmi yang betul dan berkesan ;
  4. meningkatkan tahap profesionalisme peserta selaras dengan bidang tugas berdasarkan pekeliling dan peraturan semasa ; dan
  5. dan memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta tentang tatacara pengendalian dan pengacaraan majlis rasmi/tidak rasmi

 

Jumlah peserta kursus ini adalah seramai 26 orang iaitu 25 orang PPMD Negeri Sabah dan seorang pegawai penyelaras takmir negeri Perlis. Kursus ini telah diisi dengan beberapa slot yang berkaitan dengan tugasan PPMD. Antaranya adalah Bengkel Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) oleh Cik Siti Fatimah binti Bohari dari Jakim, Etika dan dan Protokol Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi, Pengurusan Sistem Fail dan Rekod, Asas Penulisan dan Penyediaan Surat Rasmi oleh Encik Mazri bin Mamat dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Elaun-elaun Kakitangan Kerajaan oleh Cik Rafiecca binti Tameri dari Jabatan Akauntan Negara Negeri Sabah dan Tatacara Pengendalian dan Pengacaraan Majlis oleh Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM.

 

kursus ppmd sabah9

Sesi bergambar bersama para peserta.

kursus ppmd sabah2

 

kursus ppmd sabah13

 

kursus ppmd sabah11

 

kursus ppmd sabah8