Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

“Pemudah Cara Urusan Antara JAKIM Dengan Negeri, Dalam Pengurusan Masjid, Program Takmir Dan Pendidikan KAFA”

“Terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas segala sumbangan yang diberikan khususnya dalam melaksanakan fungsi-fungsi JAKIM di negeri. Tuan-tuan dan puan-puan adalah pemudah cara urusan antara JAKIM dengan negeri, dalam pengurusan masjid, program takmir dan pendidikan KAFA. Keberadaan tuan-tuan dan puan-puan menjadikan fungsi-fungsi tersebut berlangsung dengan lebih baik. Manakala JAKIM di peringkat pusat akan sentiasa memikirkan tindakan-tindakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dari sudut pemantapan garis panduan, penyelarasan dan pengurusan”.

 

Berikut adalah antara intipati ucapan YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM sempena Executive Talk Ketua Pengarah JAKIM Bersama Pegawai Bahagian Kemajuan Islam (BKI) di Negeri. Majlis tersebut telah berlangsung pada 1 dan 2 November 2016 bersamaan 1 dan 2 Safar 1438H di Nouvelle Hotel Kuala Lumpur.

 

BKI telah menjemput semua pegawai BKI di Negeri terdiri daripada Pegawai Penyelaras Takmir Negeri (PPTN), Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD), Penyelia KAFA dan Pembantu Takmir. dan seramai 352 orang telah hadir meliputi 10 orang PPTN, 82 orang PPMD, 10 orang Pembantu Takmir dan 250 orang Penyelia KAFA.

 

Antara objektif majlis ini adalah menjadi platform kepada pengurusan tertinggi Jakim untuk menyampaikan amanat dan nasihat kepada semua pegawai BKI di negeri tentang hal berkaitan pengurusan bagi melahirkan penjawat awam yang berkualiti dalam menggerakkan masyarakat ke arah mencapai matlamat yang seiring dengan nilai akhlak yang mulia. Selain itu, program ini juga adalah merupakan satu saluran bagi membolehkan para peserta berjumpa sesama pegawai dan berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan silaturrahim.

 

Pengisian yang telah diadakan didalam majlis tersebut adalah

  1. Ice-Breaking
  2. Slot 1: Ceramah “Integriti Menurut Perspektif Islam” olehYBhg. Tuan Haji Hamily Sham bin Harun, Pengarah Pusat Koordiansi dan Pemantauan, Institut Integriti Malaysia (IIM)
  3. Slot 2: Ceramah “Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia” oleh YBhg.    Hajah Hakimah binti Mohd Yusof, Pengarah BKI.
  4. Sesi Khas Bersama Kepimpinan BKI:

                 

Moderator: Tn Hj Mohd Ajib bin Ismail, KPP(K) BKI

                  Ahli panel 1. YBhg. Hajah Hakimah binti Mohd Yusof, Pengarah BKI.

                  Ahli panel 2. Ust Nor Hanim binti Abdul Halim, KPP Seksyen KAFA

                  Ahli panel 3. Ust Siti Rahmaniah binti Bachok, KPP Seksyen                                        

Pengimarahan Masjid (PM).

Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan, serta dapat dimanfaatkan oleh semua warga JAKIM khususnya warga BKI di JAKIM dan di negeri. Mudah-mudahan dengan usaha ini, pengurusan masjid dan KAFA akan bertambah mantap di masa akan datang.

 

exe5

 

exe4

 

exe 1

 

exe3

 

exe2