Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2017 kepada semua ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dengan harapan dan keyakinan bahawa tahun 2017 akan membawa sinar kejayaan yang lebih cemerlang kepada umat Islam di Malaysia, untuk menjadi umat yang lebih dinamik dan berdaya saing dalam mendepani cabaran global yang sukar dijangka. Membelek lembaran 2016 yang telah ditinggalkan, nyata ia telah membawa kejayaan yang amat membanggakan kepada agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan dan Negeri. Ini termasuklah penambahbaikan dan pembaharuan dalam pengurusan hal ehwal Islam di Negara kita merangkumi aspek pentadbiran, pendidikan Islam dan undang-undang Islam, selaras dengan fungsi dan peranan masing-masing”.

 

Begitulah antara petikan perutusan alu-aluan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam kali ke-62 pada 5 Januari 2017 yang mencerminkan kerjasama erat penuh harmoni antara agensi agama di peringkat Persekutuan dengan negeri-negeri yang telah terjalin sejak sekian lama.

 

Selari dengan fungsi MKI yang mendokong aspirasi kebersamaan antara Persekutuan dan negeri ini juga, mesyuarat pada kali ini telah bersetuju dengan cadangan penganjuran Kongres MAIN kali kedua tahun 2017 yang dijadualkan pada bulan Mei 2017. Dengan tema “Tadbir Urus Cekap Agensi Agama Mantap”, Kongres MAIN kali kedua bakal menjadi wadah interaksi dan perkongsian pintar dalam membincangkan strategi dan peranan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku badan peneraju hal ehwal Islam di negeri-negeri.

 

MKI turut berharap agar penganjuran Kongres MAIN untuk kali kedua ini dapat menjadi platform yang mengecilkan ruang-ruang perbezaan antara Majlis Agama Islam negeri-negeri ke arah pelaksanaan tadbir urus yang seragam demi kepentingan dan kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Syariah dan penubuhan Majlis Pembangunan Al-Quran Malaysia.

 

Mesyuarat telah dihadiri oleh YB Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Setiausaha MKI, YAB Menteri-Menteri Besar dan YAB Ketua Menteri serta Ahli-ahli Dilantik MKI. Hadir bersama YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tan Sri Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Jabatan Perdana Menteri,Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) dan Ketua-ketua Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

mki62.1

 

15826272 1581583808524259 663341999518308491 n

1LW 0012

 

1LW 0024

15825792 1581583838524256 561140279879090067 n